skmbbp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MINYAK BEKU
83030 BATU PAHAT
Tel : 074287805 Faks : 074287805
e-mel : jba0054@gmail.com

| LAMAN UTAMA | BERITA TERKINI | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | WARGA PENDIDIK | WARGA STAF SOKONGAN | WARGA PELAJAR | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | PERASMIAN 100 TAHUN | MUSOLLA AL-HAKIM | AKTIVITI | PAUTAN |

SEJARAH SEKOLAH


                                                      

                                                  Bangunan sekolah lama


Tapak Sekolah Kebangsaan Minyak Beku telah diwakafkan oleh Penghulu Orang Kaya iaitu En Asrakal Bin Ismail. Luas tapak sekolah ini ialah 1E 2R 15P.
 
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1909. Asal bangunan sekolah ini ialah Bangunan Kelab Bola Sepak Melayu Kampung Teluk Buloh, Batu Pahat dan telah digunakan sebagai tempat pembelajaran oleh kira-kira 60 orang murid. Pada tahun 1913, bangunan baru daripada kayu dibina secara gotong-royong oleh penduduk setempat dan digunakan  sehingga tahun 1918.
Pada tahun 1918, kerajaan negeri Johor telah mendirikan bangunan baru yang dilengkapi dengan tandas dan perigi batu. Bangunan yang didirikan ini adalah bangunan berbentuk "rumah panggung" tidak berbilik. Bangunan ini bertiang batu dan beratap genting.

Tahun 1932, sebuah lagi bangunan serupa dibina bersama-sama dengan sebuah rumah guru. Bangunan yang dibina pada tahun 1918 digunakan oleh murid-murid perempuan dengan nama Sekolah Melayu Perempuan Minyak Beku. Bangunan yang dibina pada tahun 1932 dibeir nama Sekolah Melayu Laki-Laki Minyak Beku.
Bangunan yang diguna pakai sekarang telah dibina secara pasang siap pada 28 November 1984. Bangunan baru 3 tingkat ini mengandungi 6 bilik darjah, pejabat pengurusan, pejabat guru, perpustakaan bilik tayang dan bilik kantin.





Hakcipta @ 2009 SK MINYAK BEKU

Paparan terbaik Internet Explorer & Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x 768 piksel.

PENAFIAN : SK Minyak Beku tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: