skmbbp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MINYAK BEKU
83030 BATU PAHAT
Tel : 074287805 Faks : 074287805
e-mel : jba0054@gmail.com

| LAMAN UTAMA | BERITA TERKINI | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | WARGA PENDIDIK | WARGA STAF SOKONGAN | WARGA PELAJAR | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | PERASMIAN 100 TAHUN | MUSOLLA AL-HAKIM | AKTIVITI | PAUTAN |

BERITA TERKINI
MAJLIS KESYUKURAN SAMBUTAN 100 TAHUN

BATU PAHAT Bertarikh 01 Jun 2009, Isnin - PIBG SK Minyak Beku telah mewujudkan jawatan kuasa kerja sebagai penggerak utama mengadakan Majlis Kesyukuran Sambutan 100 Tahun SK Minyak Beku,Batu Pahat, Johor. Sempena penubuhan sekolah ini pada 1 Jun1909.

Yang Berhormat Y.B Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi PIS Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat telah sudi meluangkan masa merasmikan majlis yang penuh bersejarah ini. Majlis bermula pada jam 10 pagi. majlis dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Johor, Tuan Hj Supaat bin Tumin, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, Tuan Hj Shapie Bin Hj Md Shariff, penolong pegawai pelajaran daerah,mantan guru besar dan guru SK Minyak Beku, ketua-ketua kampung, komuniti setempat dan bekas murid-murid. VVIP disambut oleh paluan kompang, Silat Selamat Datang, persembahan zapin dan kuda kepang, sajak juga dipersembahkan oleh bekas murid dan murid - murid SK Minyak Beku.

Dalam majlis ucapan perasmian, Yang Berhormat menyatakan bahawa sejarah perjuangan orang dahulu dalam mendaulatkan pendidikan bangsa di zaman penjajah dan selepas merdeka amat penting untuk direnungi dan dikaji oleh generasi kini dan akan datang. Usaha perit jerih perjuangan pendidikan dahulu yang berkorban harta benda, tenaga dan buah fikiran untuk membina sebuah sekolah dalam zaman penjajah seperti SK Minyak Beku yang berkembang dari satu tahap ke satu tahap yang lebih cemerlang menjadi pengajaran penting dan sesuai dijadikan iktibar dalam mengharungi cabaran yang mendatang. Semoga apa yang dialami oleh golongan pendidik zaman penjajah menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada guru-guru, ibu bapa dan murid - murid sekarang.

Yang Berhormat  juga telah  merasmikan  tugu  100 tahun dan melawat ke Kiosk SK Minyak Beku serta ke pameran sejarah  Dahulu & Kini SK Minyak  Beku. Yang Berhormat juga sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan guru besar dan YDP PIBG. Majlis  diakhiri  dengan  jamuan  "Nasi  Beriani  Minyak Beku" kepada semua para tetamu dan bergambar kenangan warga pendidik sekolah, PIBG  bersama  Yang Berhormat dan Pengarah Pelajaran Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat.




Hakcipta @ 2009 SK MINYAK BEKU

Paparan terbaik Internet Explorer & Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x 768 piksel.

PENAFIAN : SK Minyak Beku tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: