skmbbp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MINYAK BEKU
83030 BATU PAHAT
Tel : 074287805 Faks : 074287805
e-mel : jba0054@gmail.com

| LAMAN UTAMA | BERITA TERKINI | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | WARGA PENDIDIK | WARGA STAF SOKONGAN | WARGA PELAJAR | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | PERASMIAN 100 TAHUN | MUSOLLA AL-HAKIM | AKTIVITI | PAUTAN |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera Salam Perpaduan

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya serta IzinNya diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web sekolah ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Zoom-a kerana bermurah hati menyediakan tapak laman web sekolah di seluruh Malayisa. Di kesempatan inilah, Jawatankuasa ICT sekolah ini tidak melepaskan peluang untuk menggunakan tapak yang dikhaskan untuk membina laman web dengan tujuan memberi informasi terkini dan perkongsian ilmu antara sekolah-sekolah dan segala maklumat terkini dapat disampaikan demi kebaikan dan kemajuan sekolah ini.

Saya mengucapkan syabas kepada pihak Zoom-a yang telah menggunakan konsep perkongsian pintar(smart partnership) untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar & luar bandar serta menepati Wawasan dah kehendak Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

Akhir kata, saya berharap AJK ICT akan terus memantapkan aktiviti-aktiviti laman web dengan mengemaskini bahan-bahan terkini untuk dimuatkan di dalam web sekolah ini yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan terus berkekalan dan dimantapkan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Sekian. Terima kasih.Wasalam.

Hajah Sa'adiah Binti Haji Idris
Guru Besar SK Minyak Beku





Hakcipta @ 2009 SK MINYAK BEKU

Paparan terbaik Internet Explorer & Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x 768 piksel.

PENAFIAN : SK Minyak Beku tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: